Wednesday, March 10, 2010

STICKY POST: Hanya tempahan kek sahaja sepanjang bulan Mac

*post terkini, sila scroll bawah...

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Terima kasih pada semua famili member, kawan-kawan, customer dan pengunjung blog ini yang mengirimkan mesej kat shoutbox, sms dan call saya. Kesihatan saya semakin bertambah baik, cuma emosi masih lagi kadang-kadang hiba dan "pedih".. Just need time to adapt. Apa yang berlaku benar-benar beri satu impact yang kuat pada saya, hampir tak tertanggung rasanya. Dengan izin Allah, setiap hari saya panjatkan doa untuk berikan kekuatan dan semangat baru. Dah 2 minggu berlalu, nampaknya saya kene mulakan 'theraphy' diri yang terbaik... baking & decorating....

Alhamdullilah, walaupun belum sepenuhnya 'sihat', saya kembali menerima tempahan. Untuk masa ni, saya HANYA MENERIMA TEMPAHAN KEK SAHAJA, UNTUK APA JUA MAJLIS. TEMPAHAN CUPCAKES SAYA "CUTIKAN" DULU. Jadi untuk kek birthday, hantaran, perkahwinan, anniversary atau ape saje event, InsyaAllah saya akan terima. Cake & cupcakes tower juga saya boleh terima ya, untuk perkahwinan, birthday, aqiqah dan sebagainya.

Jadi pada yang berminat untuk order BULAN MARCH ni, boleh guna form yg disediakan dan send to me. Untuk bulan2 berikutnya, tunggu ya. Saya akan update bila saya dah mula terima tempahan, tapi kalau nak book date untuk bulan APRIL boleh juga. Untuk 2 bulan ni, saya hadkan pengambilan order. Kene go slow dulu... Kata "therapy" diri kan? :)

Dan juga, tiada delivery sehingga akhir bulan April.

Well, Thanks again to everyone. Semoga kita tidak lalai dan sentiasa mengingati ALLAH s.w.t. InsyaAllah. Amin.....


ps: maaf pada yg sms atau call, saya tak reply.. harap memahami.. saya perlu masa untuk "bermula semula"...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006