Wednesday, February 24, 2010

ATTENTION PLEASE

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Saya mohon maaf kerana terpaksa cancel semua order yang telah saya terima. Saya telah kehilangan anak dalam kandungan berusia 3 bulan pada hari isnin, 22hb Feb dan selamat menjalani pembedahan selepas maghrib dan saya baru keluar hospital semalam petang. Saya mohon kemaafan kerana tidak dapat inform customer yang telah buat tempahan awal tentang perkara ini sebab apa yang berlaku secara tiba-tiba dan terlalu pantas. Saya mengalami pendarahan pada hari ahad (21hb Feb) tetapi sebab masa tu ahad, tiada doctor pakar yang merawat saya. Dan tengahari Isnin 22hb Feb baru doctor pakar merawat saya dan saya diberitahu anak dalam kandungan telah berhenti denyutan jantungnya. Dan disebabkan pendarahan yang saya alami semakin banyak, saya perlu buat operation segera. Sepanjang hari itu saya tidak sempat untuk buat ape2 atau maklumkan pada customer semua. Mohon kemaafan sepenuh jiwa saya.

Terima kasih pada customer yang memahami. InsyaAllah bila saya sembuh sedikit saya akan hubungi anda dan akan refund the money. Buat masa ni saya tak dapat duduk lama kerana masih rasa kesakitan dibahagian pinggang dan kebawah.

Mohon kemaafan... Dengan ini saya tak dapat menerima sebarang tempahan sehingga diberitahu kelak. kemungkinan besar saya akan bercuti sehingga hujung bulan March. Dan saya tak dapat reply emel-emel yang diterima untuk masa ini. Mohon maaf, tetapi saya masih trauma untuk menghadapi perkara ini. Terima kasih


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006