Sunday, August 30, 2009

Ole-ole Raya: Cupcakes & Cakes

Assalammualaikum,

Ramai dah bertanya untuk cupcakes & cakes hari raya. Maaf masa saya agak suntuk tak sempat nak buat propser sample design. Tak sangka pula Kurma Coklat & Ole-ole raya dapat sambutan yang sangat menggalakkan, Terima kasih semua atas sokongan :)

Jadi ni promosi cupcakes & cakes raya. InsyaAllah, design sebenar akan lebih menarik menambahkan seri meja makan anda di pagi syawal bersama juadah enak yang lain.

MINI BITE CUPCAKES
Flavour: Vanilla
Kuantiti: 48pcs per box
Harga: RM40
Warna Buttercream: Putih, Biru, Hijau & Kuning
Drizzle dengan choc ganache
Sample design as below

SMALL CUPCAKES
Flavour: Vanilla Choc Chip
Kuantiti: 25pcs per box
Harga: RM40
Warna buttercream: Putih, Hijau, Kuning, Pink & Biru
Ada 5pcs edible image hari raya
Sample Design as below


CAKES WITH FROSTING

Flavour: Strawberry Cake
Frosting: Vanilla Buttercream
Size: 8" (berat anggaran 1.2kg)
Type: Round
Harga: RM50
Boleh pilih design dibawah (menggunakan edible image)

Flavour: Double Moist Choc Cake
Frosting: Choc Buttercream
Size: 8" (berat anggaran 1.2kg)
Type: Round
Harga: RM60
Boleh pilih design dibawah (menggunakan edible image)

Flavour: Marble Choc Cheese Cake
Frosting: Choc Buttercream
Size: 8" (berat anggaran 1.2kg)
Type: Round
Harga: RM65
Boleh pilih design dibawah (menggunakan edible image)

Design 1


Design 2


Design 3


Design 4


Design 5


CAKES WITHOUT FROSTING
(Kek sahaja)
Flavour: Chocolate walnut cake
Size: 8" (berat anggaran 1.2kg)
Type: Square
Harga: RM40

Flavour: Carrot Walnut Cake
Size: 8" (berat anggaran 1.2kg)
Type: Square
Harga: RM40

BILA BOLEH DAPAT NI?
Tarikh boleh ambil cupcakes & cakes raya ni bermula pada 16-18 September 2009 SAHAJA.

BERAPA LAMA BOLEH TAHAN?
Kalau diletak pada suhu bilik, boleh tahan sehingga 4 hari. kalau letak dalam fridge, seminggu pun ok. Tapi sebelum makan tu keluarkan lah dalam 1/2 jam.

MACAM MANA NAK ORDER?
Email pada saya deheart@gmail.com (copy & paste je senang)

Nama:
Contact No:
Tarikh dan masa ambil:
Lokasi ambil: Puchong / Bangi
Saya nak order:
(nyatakan nak order mana dan berapa kuantiti ye)

Saya akan reply email anda dengan full quotation dan payment details. Terima kasih semua :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, August 27, 2009

New Added Ole-Ole Raya

Assalammualaikum & Salam Ramadhan,

Atas permintaan dari customer-customer tahun lepas, i buat juga la popia goreng ni. tahun lepas i buat dua perisa; manis dan masin. Tapi tahun ni i cuma buat popia goreng masin sahaja. Dah semua cookies atas meja manis ye tak? :) Ada kelainan skit. Popia ni garing dan ranggup. memang akan jadi kegemaran :) Kalau ada sesiapa berminat nak tempah, segera lah yer. Sebab i cuma akan buat dalam 20 bekas ajer. Tak larat rasanya nak buat itu ini macam2 ni. Kudrat terhad :) Terima kasih atas sokongan...


Berat: 500gram++

Harga: RM12

Nak order, email me at deheart@gmail.com TQ!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, August 26, 2009

Senarai Agent Kurma Coklat & Ole-Ole Raya

Assalammualaikum,

Berikut adalah senarai Agent untuk Kurma Coklat & Ole-ole raya. Sapa-sapa yang tinggal atau bekerja di kawasan yang berdekatan dengan agent-agent berikut, boleh terus order dan self pick up dari mereka yer. Untuk mendapatkan contact no mereka, pls email them directly. Senarai agent ini akan diupdate lagi :)

PLEASE TAKE NOTE! SENARAI AGENT BERIKUT HANYA UNTUK KURMA COKLAT & OLE-OLE RAYA DAN BUKAN UNTUK CUPCAKES, CAKES AND OTHER ITEMS, TQ!


SENARAI AGENT KURMA COKLAT & OLE-OLE RAYA (Latest update 27/8/09)
  • Cyberjaya: Lissa
    [Email: aoon@cch.com.my]

  • Putrajaya: Eza
    [Email: saraze2002@gmail.com]

  • Puchong Perdana / Puchong Utama/ Menara Celcom (Jln Raja Muda Aziz): Asmunira
    [Email: asmiera81@yahoo.com]

  • Selayang Baru / Sri Petaling / Technology Park Msia: Ninie
    [Email: ninie@jaring.my]

  • Kota Damansara / Damansara Utama / Jalan Yap Kwan Seng: Anys
    [Email: alyssa_005@yahoo.com]

  • Bandar Bukit Puchong / Serdang / Empire Tower (Jln Tun Razak): Nasriyah
    [Email: nasriyab@hotmail.com]

  • Shah Alam: Azlin
    [
    Email: azangah@gmail.com]

  • Gombak,Selayang,Setapak: Hanisah
    [
    Email: hanisah81@gmail.com]

  • Bangi, Kajang, Puchong Jaya: Ellie
    [Email: deheart@gmail.com]
Pada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent bagi kawasan berdekatan anda, sila email saya deheart@gmail.com Pada yang dah email dan berminat, sila kasi feedback secepat mungkin yer. Supaya saya boleh include skali untuk saya buat promosi pada channel-channel lain.

Terima Kasih atas segala sokongan! :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, August 25, 2009

Ole-Ole Hari Raya!

Assalammualaikum & Salam Ramadhan,

Ramai dah bertanya ole-ole raya saya :) Terima kasih atas sokongan. Tahun ni saya buat kelainan untuk menambah pilihan anda. Dan juga ada beberapa jenis cookies saya buat juga. Untuk cupcakes & cakes raya, saya akan update blog ni nanti. Tunggu yer.. sedang buat sample :)

Kepada sesiapa yang nak jadi ejen, boleh email saya (deheart@gmail.com) dan saya akan emailkan prosedurnya. Komisyen menarik dan saya akan buat promosi juga untuk anda. :) Ejen dari negeri lain juga diperlukan.


Kurma Coklat
Rasa manis lemak kurma disaluti dengan rasa susu coklat membuka selera sesiapa sahaja.
Sesuai untuk sahur, berbuka dan juga hidangan Hari Raya. Pada anak-anak yang payah nak
makan kurma, kurma coklat ini pasti menjadi kegemaran.
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)

Harga: RM22


Kurma Coklat Berbadam
Kurma, coklat dan badam.. tiga kombinasi rasa dalam satu gigitan! Sebiji badam yang rangup garing dan susu coklat menambah rasa kurma yang terbukti memberi tenaga dan keenakkan.
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)

Harga: RM26


Kurma Coklat Apricot
Masam manis buah apricot bersama dengan lemak manis kurma dan rasa susu coklat pasti mengiurkan. Cuba satu pasti nak lagi!
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)

Harga: RM26

Note: Syok makan kurma coklat ni.. tak percaya.. cuba lah :) Untuk sahur, berbuka dan raya. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah juga. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :

“Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma; Maksudnya:

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.


Biskut Oren Bercoklat
Rasa segar oren bersama dengan inti coklat chip didalam dan chocolate drizzle sangat mengasyikkan. Jangan kata budak-budak, mak & pak budak pun pasti suka. Lain dari biskut yang biasa!
Kuantiti: 58pcs - 61pcs (isi bekas penuh)

Harga: RM22


Choc Chip Almonds Cookies
Gerenti kena dengan selera! Lebih fresh dan sedap dari famos amos. Penuh dengan keranggupan cookies yang sarat dengan choc chip dan almond nibs. Mengunakan serbuk koko van Houstan yang berkualiti tinggi (bukan serbuk koko biasa ye!). Salah satu cookies wajib untuk hidangan hari lembaran anda! Cookies terlaris keluaran saya. Komen dari customer tahun lepas "sampai serbuk dia saya pulun!"
Kuantiti: 58pcs - 61pcs (isi bekas penuh)

Harga: RM22


Cornflake Madu
Cornflake yang bermutu dibakar bersama dengan bubble rice sememangnya garing dan warna keemasan dari madu membuka selera. Taburan choc rice pelangi menambah keistimewaannya. Tak boleh henti kalau makan satu! Isi padat dalam setiap satu papercup.
Kuantiti: 62pcs - 63pcs (isi bekas penuh)


Harga: RM22

PRMOSI! PROMOSI! PROMOSI!
Beli 10 bekas mana-mana ole-ole raya, dapatkan diskaun 5%. Boleh berkongsi bersama rakan atau saudara mara. Juga penghantaran percuma ke sekitar Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, USJ dan Kelana Jaya.

Macam mana nak order?

Boleh email saya ke deheart@gmail.com. Berikan butir-butir berikut:-
Nama:
Contact No:
Jenis ole-ole dan kuantiti:
Tarikh ambil:
Lokasi ambil: Bangi / Puchong / KLCC

Tarikh akhir untuk tempahan semua jenis cookies ialah pada 6hb September 2009. Untuk kurma coklat, sehingga stok masih ada.

Untuk perkhidmatan penghantaran atau pos, saya akan update kemudian.

Nota: Semua biskut diperbuat dari butter bukan marjerin untuk mengekalkan rasa enak dan rangup. Tiada bau tengit. Semua cookies akan mula dibuat pada 6hb september 2009. Jadi kesegaran biskut adalah dijamin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan & Latest News

Assalammualaikum,

Di bulan Ramadhan yang mulia ni, saya ingin memohon maaf pada semua yang mengenali saya. Diharapkan segala salah silap dapat dimaafi dan halalkan segalanya :) Semoga bulan Ramadhan ni membawa keberkatan pada kita semua dan semoga diberikan kemudahan dalam menjalani ibadah puasa, Amin. :)

Latest news!
>> de`HearT Online Kitchen kini dimiliki sepenuhnya oleh Deheart Idealisme Enterprise (001889159-K)

>> Pickup from Cyberjaya dihentikan. Sebab saya dah tak bekerja di sana lagi :)

>> Pickup from Puchong Jaya hanya pada Isnin - Jumaat, selepas 12pm sahaja.

>> Orders untuk cupcakes & cakes berjalan seperti biasa pada bulan ramadhan.

>> Tiada delivery sepanjang bulan puasa. Hanya self pickup sahaja.

>> Aktiviti kelas deko kek boleh dijalankan pada bulan Ramadhan pada bila-bila masa dengan syarat anda dapatkan 5 orang peserta. Boleh email saya untuk details.

>> Raya specials ie. Raya Cupcakes, cakes, cookies, kurma coklat akan dipromosikan tak lama lagi. Tunggu :)


Pada yang berminat untuk menjadi agent Cookies & Kurma coklat, boleh email pada saya :) Komisyen menarik!!! :)

Okai ni gambar-gambar dari bulan June duluuuu... huhuhuh.. lama kan? Sorry yer. InsyaAllah lepas ni saya akan update regularly :)

Code: Cake2644


Code: Hantaran9657


Code: Hantaran1669


Code: Cake1689


Code: CC1677


Code: FCC7718


Code: Ibah_wedding_cupcakes


Code: Ibah_hantaran_cake


Code: Ibah_hantaran_cupcake


Code: Ibah_wedding_cake_II



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wedding Tower for Lily, Puchong - 5 June 2009

Freak (nickname) is my very old friend from Sifoo.com Bila dia called beritahu nak buat wedding cake untuk hari bersejarah dia, tapi blur sangat tak tau nak buat macam mana. So, i rekomen dia buat wedding cake & cupcakes tower. Alhamdullilah, dia setuju dan teruja dengan my idea. So dia serahkan sepenuhnya pada saya untuk buat wedding cake untuk dia dan juga untuk pihak perempuan. Jadi 2 hari berturut la saya pulun buat wedding cake & cupcakes tower :)

Alhamdullilah semua nya selamat dan feedback yang saya dapat dari kedua mempelai ni, betul-betul mengukir senyuman saya. Terima kasih Freak & Lily :)

Code: Wedding Tower for Lily, Puchong - 5 June 2009










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wedding Tower for Freak, Shah Alam - 6 June 2009

This one, Brown, Gold & Yellow theme for Freak Wedding reception. This is swan tier type, nicely fit 50pcs small cupcakes & 1 wedding cake.

Code: Wedding Tower for Freak, Shah Alam - 6 June 2009






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, August 17, 2009

Marble vanilla Oren cake - RM15!

Haaa'aaahh!

Apa kabar semua? sana sini ramai yang demam kan? Takut dengar penyakit yang menyerang sekarang ni, H1N1. kalau sesiapa yang rasa tak sihat tu, segerala ke klinik. Jangan sebab sayang duit, setakat telan panadol aje sudah. Penyakit skrang ni tak bleh dibuat main-main. Kat udara kita skrang ni penuh dengan macam-macam jenis virus.

Alhamdullilah, kawan baik saya, yang down with high fever da beransur pulih. :)

InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi saya akan update blog ni dan postkan semua gambar-gambar hasil deko saya sejak bulan June hingga ke hari ini! huhuhu.. berlambak sangat ni.. Minta maaf sangat-sangat yer.. saya dalam process countdown & in process to migrate myself to another 'world' :)

Pada semua kawan-kawan baru saya yang hadir sesi aktiviti mendeko kek pada 15hb Ogos lepas, ribuan terima kasih! :) seyes! saya seronok berkongsi pengalaman dan knowledge. Nanti saya update blog ni dengan gambar-gambar yer.. :)

Okai, just a quick update, sebiji kek marble vanilla oren butter cake with vanilla buttercream frosting siap dengan edible image barney & friends yang comel dan chocolate drizzle sekeliling kek untuk dijual seperti gambar dibawah! RM15 sahaja! Berat anggaran 1.5kg. Self pickup from my house kat Bandar Baru Bangi. Kalau nak minta tulis apa2 atas kek pun boleh :) Sape nak, pls email me at deheart@gmail.com

Latest Update @ 10.02am: SOLD OUT! :)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, August 03, 2009

Aktiviti Mendeko Kek - 15 Ogos 2009

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdullilah! Aktiviti mendeko kek minggu lepas berjalan lancar dan fun! Terima kasih pada semua yang menghadirkan diri.

Atas permintaan ramai, saya akan mengadakan sekali lagi Aktiviti Mendeko Kek. Bonus kali ni, demo mendeko kek menggunakan edible image. Ramai yang tertanya apa dan bagaimana menggunakan edible image kan?

Keterangan lanjut:-
Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: Sesi pagi 10am - 1pm / Sesi petang 3pm - 6pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (Peta
akan diberikan)
Yuran: RM70 (Makanan dan minuman ringan disediakan)
Barangan perlu dibawa: Pen, apron dan kain lap

Keterangan aktiviti:
1. Mempelajari teknik dan tips membancuh & membakar kek, membancuh buttercream dan chocolate ganache (TEORI SAHAJA)
2. Mengenali dan mempelajari 5 jenis nozel dan teknik 'pressure control'
3. Mewarna buttercream
4. Menyalut kek dengan buttercream menggunakan teknik yang sangat mudah sesuai untuk beginner
5. Mendeko sebiji kek dengan menggunakan semua teknik yang dipelajari sehingga siap.

DEMO PERCUMA! Mendeko kek dengan edibe image dan teknik chocolate dripping.

Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing. Semua peralatan akan disediakan.

PERCUMA! Resipi kek coklat, buttercream dan chocolate ganache. Sedap dan mudah!

Berminat? Sila email pada saya info anda seperti berikut ke deheart@gmail.com
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. No Tel
4. Sessi pagi atau petang

Tempat hanya terhad kepada 5 orang sahaja pada setiap sessi. Siapa cepat, dia dapat tempat. Bayaran penuh sebanyak RM70 perlu di bank in kan segera untuk memastikan tempat anda(keterangan akaun bank akan diberikan kemudian). Tiada pengembalian bayaran jika tidak hadir pada hari aktiviti, tetapi anda boleh carikan pengganti anda.

Tidak dibenarkan membawa anak, kawan atau sesiapa sahaja. Jika tidak, penalty sebanyak RM70 akan dikenakan bagi setiap orang yang dibawa! Ini untuk memastikan keselesaan peserta yang lain.

Aktiviti akan dijalankan pada tepat masanya. Jika anda lewat, anda akan ketinggalan. Pastikan anda tiba awal, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum aktiviti bermula.

Jom! Ajak ramai-ramai kita mendeko kek :)

Ini gambar dari aktiviti mendeko kek pada 1 Ogos 2009 yang lepas. Seramai 10 orang peserta menyertai aktiviti ini. TERIMA KASIH! :)






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006