Tuesday, April 20, 2010

Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Bina Bahagia Services akan menganjurkan satu program motivasi khusus untuk ibu tunggal serta ibu-ibu yang menghadapi masalah dan inginkan motivasi, semangat, panduan, dorongan dan sokongan bagi meneruskan kehidupan pada 9 Mei 2010 bertempat di Dewan Besar, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata ini dianjurkan dengan objektif:
  1. Menjelaskan kelebihan dan keistimewaan setiap individu serta panduan mengenali kelebihan dan keistimewaan tersebut;
  2. Memberikan semangat, sokongan dan dorongan untuk terus lalui liku-liku mendatang;
  3. Membekalkan ilmu dan panduan untuk menjana kewangan diri serta membantu kewangan keluarga.
Kem ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berkumpulan, perkongsian pengalaman wanita-wanita yang pernah diuji dan terus teguh kental dan juga panduan menjana pendapatan dari rumah (bukan sesi ceramah ya).

Kem Waja ini akan diselia sepenuhnya oleh PN SUZANA GHAZALI (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita *Aktif memberikan ceramah dan kursus *Pernah menjadi panel jemputan di RTM, TV3 dan Astro *Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998) dengan penampilan istimewa ZAMZARINA ZAMBRI (Apa Kata Wanita TV1) dan SHAHRINA AHMAD HARKAWI (ESQ 165) InsyaAllah, saya sendiri akan berkongsi pengalaman bagaimana menjana pendapatan secara online (dari berniaga secara sambilan dan kini berhenti kerja dan berniaga secara serius sepenuhnya secara online).

Untuk menyertai Kem Waja ini dan maklumat lanjut, layari: http://bersamasuzana.blogspot.com/2010/03/kem-waja-genggam-bara-jadi-permata.html

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! ANDA PASTI MENDAPAT MANFAATNYA!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
To view more photos, please click to:
de`HearT Photo Gallery

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006