Wednesday, December 30, 2009

Kurang Sihat

Assalammualaikum & Good Day Everyone,

First of all, I minta maaf sangat-sangat yang hantar email tapi belum berbalas. I was in JB since 25-29th Dec lewat malam baru balik sini. Masa di JB internet connection not so good. So I tak dapat nak reply email. And now i'm not feeling well. Really not feeling well. Tak dapat nak mengadap laptop untuk reply email yang berlambak-lambak tu. Maaf sangat2. Esok (31hb) until 3rd Jan I akan busy dengan big order for wedding. Jadi i tak dapat sentuh email langsung. InsyaAllah 4th Jan I akan reply all the emails and orders. Pada yang dah email tu, minta bersabar banyak-banyak ye. Again, I'm so sorry... End year yang terlalu busy...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, December 23, 2009

Tempahan February 2010

Assalammualaikum & Good Day Everyone,

Ramai yang dah mula email me order untuk February. Yeah! I know.. semua orang plan awal untuk hari bahagia dan hari penting :) But I'm so sorry, I belum open lagi order untuk february onward. Hanya order untuk bulan January sahaja. I hanya ambil order sebulan awal sahaja. Order untuk bulan berikutnya akan buka pada setiap 20th. Contoh seperti ni:-

Order untuk February akan dibuka pada 20th January
Order untuk March akan dibuka pada 20th February
Order untuk April akan dibuka pada 20th March
dan seterusnya....

Antara sebab kenapa I tak buka order awal2, coz I nak beri tumpuan pada order yang terdekat, dan customer juga akan lebih firm dengan order mereka. Biasanya kalo customer order awal 2-3 bulan, nanti last2 minit nak tukar2 order, berutus2 email lagi, i cuba nak kurangkan ding dong ding dong email, jadi I lebih suka bile customer dah firm. Sebab lain lagi, I boleh plan my rest day, family day, work day, preparation day etc etc etc.... harap semua faham yer :)

Promotion untuk bulan January!
Wedding tier, fondant cake & Birthday cake! Will be announced soon :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, December 22, 2009

Quick October Photos Upload

Assalammualaikum & Good Day Everyone,

Just a quick upload of October photos. Masih ada berlambak lagi gambar bulan october, InsyaAllah I akan cuba upload before end year. Untuk gambar bulan November & December nampak nya terpaksa la carry forward ke tahun depan... :( Maaf sangat sangat...

Cake Elisya shazad
Cake Elisya shazad
CC7790
FC0696
CC8877
Cake1010
Hantaran0717
Cake6692
CC7685
CakeLovePink
FC9961
FC9990
CC1906
CakeThomasFaris
CC4723
CC3911
CakeOlie
CakeOlie
Cake9768
CC9763
CC8720
CC4694

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tempahan January 2010

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Just a quick post. Tempahan untuk bulan January sudah dibuka. Untuk buat tempahan, sila gunakan form yg disediakan dalam setiap kategori. Ada kemusykilan boleh email yer. Berikan detail yang selengkap boleh.

DELIVERY SERVICE
Mulai January 2010, delivery hanya boleh dibuat selepas jam 6pm sahaja (subject to availability) kecuali pada hari sabtu, ahad dan cuti umum waktu delivery boleh dibincangkan.

SMS/CALL
With immediate effect, sebarang sms/call tanpa nama tidak akan dilayan. So, please please please include your name (coz i feel bad bila tak reply the sms, but .... ermmm, please be nice :D)

In case tak sempat nak update this blog before New Year, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 :)

Ni pula gambar dari hasil bulan october (masih ada lagi gambar dari bulan october yang masih berbaki.. huhuuh)

Cake0627

Cake5592

Cake7671

Cake8667

CC9645


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, December 17, 2009

Part Time Baking Assistant: 31 Dec & 1 Jan

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Memerlukan Part Time Baking Assistant untuk tarikh berikut:-

Tarikh: 31 Dec & 1 Jan
Waktu: 8.00am - 6.00pm
Salary: RM85 for 2 days
Lunch provided
Perempuan sahaja!

Latest update 22/12/09: The Position Has Been Filled :)

Tiada pengalaman diperlukan. Semua akan ditunjuk ajar (peluang untuk belajar membuat cupcakes sehingga packing). Keutamaan pada yang tinggal berhampiran Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (bersebelahan west country). Pelajar sekolah yang sedang bercuti atau suri rumah tangga digalakkan. Hanya pada yang benar-benar berminat, boleh email details nama, contact no, umur, address & pekerjaan ke deheart@gmail.com

Thank you semua atas semua sokongan :) Alhamdullilah :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, December 15, 2009

Melayan Kerenah Anak & October Creations

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Bulan December ni betul2 bulan marathon atau lebih tepat lagi bulan rezeki. Alhamdullilah.. walaupun penat tapi rasa puas hati :)

Hari ni ada rest sikit, tapi tak dapat nak type banyak2. Ni i nak share satu artikel yang i dapat dari my inbox, very good artikel, berguna untuk parents yang sedang mengadap anak yang keletah bercakap :) Also, gambar-gambar cakes & cupcakes dari bulan October 2009. Rasa-rasa sempat tak i nak upload semua gambar hingga bulan december punya sebelum menjelang 2010 yek? huhuhuhu.. cayok! cayok!!! :)

Cake0553
CC2544
Cake5512
Cake0096
FC Photo 01
CC8501
FCC9292
FCC4471
CC0450
CC0084
Wedding tower for Fadli's sister, Beranang, Selangor - 10 October 09
Wedding tower for Fadli's sister, Beranang, Selangor - 10 October 09
Cake0221
CC0025
Mini Bites
Cake5572
CC9992

MELAYAN KERENAH ANAK
Anak saya yang ketiga (Ilham Darwish) memang petah bercakap sejak usianya 1.5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah mencecah 2.75 tahun dan kata orang Perak, sangat ‘beret’ mulutnya. Hari-hari ada saja keletah yang menghiburkan dan saya paling tak boleh tahan bila mulutnya bertanya bermacam-macam soalan yang kadang-kala agak mencabar akal saya untuk memberikan jawapan yang sesuai dengan usianya.

Suatu petang, dia berkata, “Kenapa ayah berhenti? Cepatlah jalan.”

Saya jawap [on behalf ayahnya], “Ayah berhenti sebab lampu isyarat merah. Kalau lampu merah, kita kena berhenti. Kalau lampu hijau, baru boleh jalan.”

Dia menjawap, “Eeee mama ni… boy tanya ayahlah. Boy bukan tanya mama…”

Seketika kemudian kami melalui lampu isyarat yang bertukar kuning dan suami memperlahankan kereta.

Anak bertanya lagi, “Kalau kuning?”

Saya jelaskan kepadanya, “Kalau kuning kita kena berjaga-jaga, perlahankan kereta dan berhenti sebab lepas ini lampu akan jadi merah. Merah kena berhenti.”

Dia seakan faham dan mengangguk-anggukkan kepala. Tak lama selepas itu, dia bertanya lagi, “Kalau tak berhenti?”

Dalam hati saya mengomel, “Banyak tanya betul budak nih…” tapi saya jawap juga, “Kalau tak berhenti, nanti polis saman.”

Dan perbualan kami meleret pula apa itu saman dan lain-lain.


Dania Sofea

Anak kedua saya yang berusia 3.75 tahun (Dania Sofea) juga tidak kurang hebat ‘beret’nya. Kadang-kala pertanyaannya benar-benar mencabar kesabaran saya… contoh :

Anak : “Mama, kenapa baby nangis?”
Saya : “Sebab baby kecil lagi.”
Anak : “Kalau baby dah besar, dia tak nangis?”
Saya : “Baby menangis sebab dia lapar.”
Anak: “Kalau baby tak lapar?”
Saya : “….hemmm…”

Dalam hati saya… “Aduh... mencabarnya...”

Ada sesetengah pertanyaan memang sukar untuk saya jawap, contohnya :

Anak : “Kat mana mama jumpa baby ni?” (sambil tunjuk baby yang berusia sebulan lebih)
Saya : “Mama jumpa di hospital. Mama bawa baliklah.”

Ha... ha…

Jika ditakdirkan pada hari itu saya larat melayan, saya akan layan juga pertanyaan mereka. Kadang-kala bila terlalu penat, saya cuba jawap juga walaupun acuh tak acuh. Kesian mereka seharian tak berjumpa, macam-macam soalan disimpan dan tunggu saya balik untuk bertanya. Memang kebiasaannya anak dalam lingkungan umur begini suka sangat bertanya. Soalan seperti, “Apa itu mama?” atau “Mengapa itu ayah?” atau “Bagaimana itu mama?” memang biasa keluar daripada mulut mereka.

Ramai ibu bapa kadang kala tidak terdaya melayan pertanyaan sebegini lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah penat bekerja sepanjang hari. Jika tidak larat melayan karenah anak-akan ini, janganlah mereka dimarah, ditengking atau dimaki hamun. Ini akan membuatkan anak ini tidak akan bertanya lagi, malah mungkin akan terus mendiamkan diri atau cuba perkara lain, memberikan tumpuan kepada benda-benda (barang-barang) atau kawan-kawan yang sama senasib dengannya.

Menurut Dato Dr Norlaily, masalah sosial hari ini adalah disebabkan anak-anak yang terbiar atau dipajak-gadai kepada orang lain dari kecil lagi kerana ibu bapa tiada masa untuk mereka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara ini? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh para pemimpin, pembuat polisi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua korporat dan ibu bapa semua. Tetapi hari ini banyak tumpuan diberi kepada perkara yang menambahkan lagi masalah ini. Taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak tumbuh macam cendawan tetapi tidak disediakan dengan program yang sesuai untuk anak-anak. Pihak yang menjaganya sekadar makan gaji sahaja dan tidak ada rasa sayang kepada anak.

Ibu bapa pula tidak dibenarkan langsung terlibat dalam program-program yang dilaksanakan. Malah untuk menghantar anak ke taska dan tadika pun dipajak kepada orang lain.

Pernahkah kita berfikir, mengapa anak-anak kecil suka bertanya? Anak-anak suka bertanya kerana ia adalah anugerah semulajadi Allah SWT supaya dia bukan sahaja mengenal tetapi memahami persekitarannya dan boleh menyesuaikan dirinya dengan sesiapa pun dan di mana juapun.

Jadi, jika anak bertanya, “Ayah, kenapa ayah berhenti?” (walaupun anda menganggapnya sebagai soalan ‘poyo’), cubalah sedaya-upaya anda berikan jawapan yang sesuai, yang senang difahami anak.

Jawapan penuh kasih sayang

Ayah yang penat hanya berdiam diri atau menjawap dengan kasar, “Tak tahu lagi ke? Itu lampu isyarat!”

Anak akan terus bertanya, “Lampu isyarat itu apa, ayah?” atau mungkin saja, “Tadi warna kuning, kenapa sekarang warna merah?” atau “Siapa yang tukar warna lampu itu, ayah?”

Ayah yang penat mungkin saja akan terus berkata, “Diamlah, ayah tak tahu!”

Tetapi ayah yang penuh kasih sayang akan memberikan jawapan yang sebaliknya. Dia akan menjawap, “Ya sayang, merah itu berhenti, kuning itu bersedia dan hijau itu tandanya boleh jalan.”

Mungkin saja anak akan bertanya lagi dan lagi, dan kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab cubalah berusaha penuhi persoalan anak. Jika tiada apa-apa urusan pada hari itu, kita boleh usaha pergi ke perpustakaan dan cari buku-buku berkaitan dengan persoalan anak. Boleh juga mencari bahan-bahan melalui internet. Lakukanlah apa saja yang terfikir, asalkan anak-anak tidak ditinggalkan dengan persoalan yang kita tidak boleh jawap.

Ini amat penting kerana kita tidak mahu perasaan 'curiosity' atau minat anak-anak terbantut, semata-mata kerana ibu bapa jahil. Satu perkata yang amat penting ialah, jawapan yang diberi mestilah tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Cara ini, sedar atau tidak, kita akan meminatkan anak mencari dan meneroka ilmu baru.

Ibu dan bapa juga secara tidak langsung, akan terpaksa belajar ilmu baru, umpamanya jika kita mengenalkan anak kepada pokok. Kita seharusnya memberi tahu nama pokok itu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Latin. Kita boleh meminatkan lagi anak kepada pokok dengan memberitahunya ciri-ciri pokok itu, selain menerangkan asal usul pokok, kegunaannya, apa yang baik atau buruk tentang pokok itu dan semua fakta pokok berkenaan. Sekiranya anda ibu bapa yang perihati dan penuh kasih sayang, inilah yang patut dilakukan.

Saya sedang berusaha menjadi mama yang terbaik untuk anak-anak saya.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menguruskan amanah-Mu. Amiin.

Selamat mencuba!
http://bawangorengnet.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, December 10, 2009

My Part Timer Assistant & September Photos

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Waahh! letihnyaaaa seluruh badan dan minda! Nasib baik lah ada 2 orang part time assistant, Amy & Ifa. Both 15 years old, sweet and fast learner. Dah pandai timbang cupcakes, cuci utensils (some kene cuci pakai air panas, so dorang dah tau mana bleh cuci pakai air paip mana yg kene pakai air panas.. good.. good), sapu krim, buat krim, packing dan today ada kelapangan skit dan ada a few cupcakes lebih, tup tup dorang minta I ajarkan mendeko. So arini belajar melukis pakai nozel no 3 lukis butterfly, gift, flower, balloon, love & rainbow. I ajarkan juga tentang konsep colour utk disesuaikan. Boleh tahan laa dorang walaupun tangan menggigil lagi nak pipe :) Boleh diasah lagi :)

Part Time Assistant

Okai.. ni gambar2 dari bulan september.. sorry laa yerr.. I tau lewat sgt sgt mengupload gambar2 ni.. dah nak jejak tahun 2010 dah.. tapi apa kan daya.. I buat semua perkara sorang2.. huhuhuhuhu..... sabar yerrr... ni dah ada part timer 2 orang ni harap2 ada la masa terluang utk update blog selalu. Tapi risau gak.. bulan depan skolah dah buka.. camne la gamaknye. walaupun both cakap nak continue buat part time belah petang dan weekend. Tapi suami plak kasi syarat, keje dari pagi sampai petang jer, takleh OT sampai ke malam. Meaning by 6pm tu dah wrap up.. kene pikir panjang2 ni... Well, enjoy the photos :)

Aidilfitri Cupcake

Aidilfitri Cupcake

Aidilfitri Cake I

Aidilfitri Cake II

Aidilfitri Cake III

IMG_8501

IMG_8530

IMG_8505

IMG_8486

cake8471

IMG_8462

IMG_8457

IMG_9633





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006