Monday, August 03, 2009

Aktiviti Mendeko Kek - 15 Ogos 2009

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdullilah! Aktiviti mendeko kek minggu lepas berjalan lancar dan fun! Terima kasih pada semua yang menghadirkan diri.

Atas permintaan ramai, saya akan mengadakan sekali lagi Aktiviti Mendeko Kek. Bonus kali ni, demo mendeko kek menggunakan edible image. Ramai yang tertanya apa dan bagaimana menggunakan edible image kan?

Keterangan lanjut:-
Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: Sesi pagi 10am - 1pm / Sesi petang 3pm - 6pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (Peta
akan diberikan)
Yuran: RM70 (Makanan dan minuman ringan disediakan)
Barangan perlu dibawa: Pen, apron dan kain lap

Keterangan aktiviti:
1. Mempelajari teknik dan tips membancuh & membakar kek, membancuh buttercream dan chocolate ganache (TEORI SAHAJA)
2. Mengenali dan mempelajari 5 jenis nozel dan teknik 'pressure control'
3. Mewarna buttercream
4. Menyalut kek dengan buttercream menggunakan teknik yang sangat mudah sesuai untuk beginner
5. Mendeko sebiji kek dengan menggunakan semua teknik yang dipelajari sehingga siap.

DEMO PERCUMA! Mendeko kek dengan edibe image dan teknik chocolate dripping.

Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing. Semua peralatan akan disediakan.

PERCUMA! Resipi kek coklat, buttercream dan chocolate ganache. Sedap dan mudah!

Berminat? Sila email pada saya info anda seperti berikut ke deheart@gmail.com
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. No Tel
4. Sessi pagi atau petang

Tempat hanya terhad kepada 5 orang sahaja pada setiap sessi. Siapa cepat, dia dapat tempat. Bayaran penuh sebanyak RM70 perlu di bank in kan segera untuk memastikan tempat anda(keterangan akaun bank akan diberikan kemudian). Tiada pengembalian bayaran jika tidak hadir pada hari aktiviti, tetapi anda boleh carikan pengganti anda.

Tidak dibenarkan membawa anak, kawan atau sesiapa sahaja. Jika tidak, penalty sebanyak RM70 akan dikenakan bagi setiap orang yang dibawa! Ini untuk memastikan keselesaan peserta yang lain.

Aktiviti akan dijalankan pada tepat masanya. Jika anda lewat, anda akan ketinggalan. Pastikan anda tiba awal, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum aktiviti bermula.

Jom! Ajak ramai-ramai kita mendeko kek :)

Ini gambar dari aktiviti mendeko kek pada 1 Ogos 2009 yang lepas. Seramai 10 orang peserta menyertai aktiviti ini. TERIMA KASIH! :)






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006