Friday, June 20, 2008

Semua naik!

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua,

Harini takde nak promote apa². Sekadar nak bercerita mengenai kenaikkan harga semua barangan dipasaran. Sama macam kenaikkan harga minyak yang lepas, semua barangan lain juga kene tempiasnya. Tapi rasanya kenaikkan kali ni memang mengundang 'kepanasan hati'. Mana tak, nak makan pun.. ayam, ikan, sayur semua melambung gile harga. Dah plak tu, tak fresh! Bila pegi beli barangan untuk wat kek, rasa nak pitam. Kenaikkan harga bukan setakat sploh sen dua, tapi beringgit². Telur gred B sepapan dah RM9 kalo dulu RM7. Butter dah RM4.50 kalo dulu RM2.60 lain-lain barang takyah cite laa. Sekrang ni bile nak pegi membeli, mesti bawak calculator. Mengira... takut terlebih bajet...

Ada kawan kata, dah sampai masanya kita tukar lifestyle. Kurangkan mana yang bleh kurang. Tukarkan mana yang bleh tukar. Ada betulnya, tapi takbleh nak implement kan pada semua perkara dan bende. Kalo setakat sabun, shampoo bleh laa.... Abis kalo dah masuk barangan kek ni? Nak tukar camne plak? Orang yang berniaga je tau camne peritnya. Serba salah kita dibuatnya.. Akak yang jual nasi lemak dekat rumah tu pun, terpaksa naikkan kuih 40 sen sebiji. Tu pun budak-budak sekolah dah merungut.. Kesian.. kesian kepada pembeli dan penjual sebenarnya.. Ni la putarannya. Pembeli dan penjual need each other...

Hal ni saya pun sebagai pembeli dan penjual terasa impact'nya. So, apa yang bleh saya buat, setiap belian cupcakes & Mini Choc Cake Ball, InsyaAllah saya akan beri extra pcs. Biasanya bila saya buat satu adunan tu, ada extra 2,3 biji. Kalo tak di ngap oleh anak, suami & maid saya, InsyaAllah ada extra yang akan saya berikan skali...

Ok.. cukup la celoteh saya melepaskan rasa tensen dengan kenaikkan harga ni. Melepaskan supaya tak terlepas naik angin :) Ni gambar-gambar cakes & cupcakes yang saya buat.. untuk tatapan semua.. More photos at http://www.flickr.com/photos/deheart/






Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006