Bulan lepas untuk pertama kalinya try buat mini cake untuk hantaran pernikahan adik ipar. 6pcs choc fudge mini cakes. Tema warna hitam dan putih. Nak kasi naik seri, selitkan kuning, gold & sugarpaste flower warna merah dengan daun hijau. 1st time buat, kekemasan agak out. Memang buat mini cakes ni menguji kesabaran. 6 biji yg simple macam tu pun amik masa dekat 4 jam baru siap! Agak susah nak cover fondant dengan kek comel tu. Ape lagi nak control piping beg masa wat royal icing.... huhuhuh! Besar mini cake ni ialah sebesar large cupcakes.
Tapi.. jangan ada sesiapa yang simpan niat nak order yerr.. sebab belum lagi bersedia untuk terima sebarang tempahan mini cakes ni. Kasi saya study dan dalami skills dulu. Wat masa ni.. jamu mata jer la ye.. :P
Oh ya! Order untuk August dah mula diterima sebab ramai yang start bertanya (ada yang dah place order pun). Jadi sesiapa yang berminat nak wat tempahan, boleh email your order form yer.. (Ramai betul orang kawen / tunang bulan August ni!)
Nak tengok gambar yang lain-lain, jom ke FLICKR.