Wednesday, January 20, 2010

STICKY POST: MINTA KERJASAMA

Assalammualaikum & Good Day everyone,
Maaf jika entry ini agak 'tegas' tetapi saya perlu highlightkan perkara ini memandangkan terlalu banyak perkara yang sama berulang dan ini mengganggu schedule kerja saya.

Minta perhatian dan minta beri kerjasama untuk kemudahan kita bersama:-
- setiap kali sms, minta nyatakan nama anda. saya tak simpan no anda dalam phone book saya walaupun anda pernah berurusan dengan saya apa lagi pada yang kali pertama berurusan dengan saya. Maaf, jika ada sms yang saya tidak reply jika sms tu saya tak tau dari siapa.

- Sila pastikan tarikh untuk pickup your order. Perubahan tarikh disaat akhir agak susah untuk saya tunaikan sebab schedule saya yang tight.

- perubahan order sila nyatakan dalam email yang sama kita berbincang agar saya dapat trace semula history perbincangan kita dalam email agar memudahkan kedua2 pihak.

- setiap kek dan cupcakes yang memerlukan penambahan deco, harganya adalah berbeza depending on cake flavour, type, deco dan sebagainya. Untuk pertanyaan harga, minta isikan form yg ada dalam kategori menu yang disediakan agar memudahkan saya untuk memberi harga yang tepat untuk request anda. Sekadar beri saya gambar kek, saya tidak dapat beri harga yang tepat dan ini akan memanjangkan process membalas email.

- sebelum email atau sms pada saya, minta baca dulu di blog ini untuk maklumat yang anda cari seperti lokasi saya, harga kek, apa yang diajar dalam kelas dan sebagainya. saya percaya semua maklumat telah pun saya beri secara terperinci dalam blog ini.

Untuk makluman, saya bekerja sendiri dan tiada pembantu,semua urusan dari reply email, membeli barang keperluan hingga siapkan order saya buat sendiri. Jika ada kekeliruan boleh emel pada saya dengan pertanyaan yang lengkap dan relevan. Maaf jika pertanyaan anda saya hanya reply dengan memberi link terus ke blog saya kerana saya percaya info tersebut mencukupi.

Minta maaf sekali lagi dan harap anda faham situasi kerja saya dan beri kerjasama sebaik2nya. Terima kasih atas support yang diberikan. *WINK*


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
To view more photos, please click to:
de`HearT Photo Gallery

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006