Tuesday, April 06, 2010

Kelas Basic Fondant Cake

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Pada 13hb April saya akan menganjurkan kelas basic fondant cake. Memandangkan ini kali pertama saya akan mengajar fondant cake, yuran kelas hanya RM200 seorang (biasa rm250). Hanya 3 orang peserta sahaja. Buat masa ini, hanya seorang baru register. Kalau ada sesiapa berminat, boleh register ya. Cara untuk register, sila klik sini.

Saya akan menggunakan real cake untuk kelas ini, bukan dummy. Sebab saya nak peserta rasa dan tau cara yang betul. Kalau pakai dummy, berbeza sebenarnya. Banyak perkara dan tips akan saya berikan sepanjang kelas ini. Semua peralatan dan keperluan kelas akan disediakan. Cuma perlu bawa apron (kalau taknak baju kotor), pen untuk menulis nota, rolling pin (jika ada) dan tupperware kecil untuk bawa pulang bunga2 yang dibuat. InsyaAllah anda bukan sahaja akan pulang dengan fondant cake yang siap di deko sendiri tetapi juga ilmu dan teknik untuk menghasilkannya. Selepas ni sure anda jatuh cinta untuk bermain dengan fondant & gumpaste :)

How to deco a fondant cake

How to deco a fondant cake

How to deco a fondant cake

How to deco a fondant cake

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
To view more photos, please click to:
de`HearT Photo Gallery

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006