Wednesday, November 04, 2009

Aktiviti Mendeko Kek - 7 November 2009

Assalammualaikum,

LATEST UPDATE @5/11/09: Tinggal 1 sahaja kekosongan lagi.

Aktiviti Mendeko Kek dengan Edible Image bertemakan Garden Cake. Ramai yang tertanya apa dan bagaimana menggunakan edible image kan? Jom Join!

Keterangan lanjut:-
Tarikh: 7 November 2009 (Sabtu)
Masa: 10am - 3pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (Klik untuk peta http://kekcawan.blogspot.com/2007/05/map-for-collection.html)
Yuran: RM130 (Makanan dan minuman ringan disediakan)
Barangan perlu dibawa: Pen, apron, kain lap dan bekas tupperware kecil untuk bawa pulang gumpaste cut out.

Keterangan aktiviti:
1. Mempelajari teknik dan tips membancuh & membakar kek, membancuh buttercream dan chocolate ganache (TEORI SAHAJA)
2. Mengenali dan mempelajari 5 jenis nozel dan teknik 'pressure control'
3. Mengenali gumpaste dan membuat beberapa jenis mini flower, butterfly & alphabets cut out.
4. Mewarna buttercream dan menyalut kek.
5. Mengenali edible image dan cara meletakkan atas kek.
6. Mendeko sebiji kek dengan bertemakan Garden Cake dengan menggunakan semua teknik dan bahan yang dipelajari sehingga siap.

Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing. Semua peralatan akan disediakan.

PERCUMA! Resipi kek coklat, buttercream dan chocolate ganache. Sedap dan mudah!

Berminat? Sila email pada saya info anda seperti berikut ke deheart@gmail.com
1. Nama Penuh
2. Nama Panggilan (nak kasi name tag nanti :p)
3. Alamat
4. No Tel
5. Pilihan edible image: Ben 10 / Upin Ipin / Spongebob / Dora / Disney Princess / Mickey & Minnie Mouse (Pilih satu sahaja)

Tempat hanya terhad kepada 4 orang sahaja pada setiap sessi. Siapa cepat, dia dapat tempat. Bayaran penuh sebanyak RM130 perlu di bank in kan segera untuk memastikan tempat anda(keterangan akaun bank akan diberikan kemudian). Tiada pengembalian bayaran jika tidak hadir pada hari aktiviti, tetapi anda boleh carikan pengganti anda.

Tidak dibenarkan membawa anak, kawan atau sesiapa sahaja. Jika tidak, penalty sebanyak RM130 akan dikenakan bagi setiap orang yang dibawa! Ini untuk memastikan keselesaan peserta yang lain. Kemudahan tempat solat juga disediakan.

Aktiviti akan dijalankan pada tepat masanya. Jika anda lewat, anda akan ketinggalan. Pastikan anda tiba awal, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum aktiviti bermula.

Jom! Ajak ramai-ramai kita mendeko kek :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006