Wednesday, August 06, 2008

Bulan darah manis

Assalammualaikum semua,

Rasanya bulan ni ramai bakal-bakal pengantin dah mula berdebar-debar menantikan hari bahagia dan sejarah buat mereka :) berduyun-duyun pasangan akan bernikah dan bertunang bulan ni ye.. laku sungguh bulan ogos tahun ni.. lebih-lebih lagi pada 08.08.08 wahh!

Enpon saya pun tak henti-henti sejak minggu lepas orang bertanyakan tarikh tu untuk wat tempahan. Tapi apa kan daya.. terpaksa ditolak.. sebab tempahan dah sangat penuhh... :(

Wedding tier cake & cupcakes saya pun agak hangat sejak kebelakangan ni. Pada 10.08.08 ni nanti, saya akan setup satu lagi wedding tier di Kelana Jaya pada majlis pernikahan kawan ofis saya. Tema warna putih & merah... saya plak rasa tak sabar ni! Apa lagi bakal pengantin si darah manis ni menanti penuh debaran dub dab dub dab kan.. :P

Okai, pada semua bakal-bakal raja sehari... jaga diri elok-elok :)


FC_3971, originally uploaded by deheart.




FCC_4100, originally uploaded by deheart.


More photos at http://www.flickr.com/photos/deheart/

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006