Tuesday, July 29, 2008

Chocolate Truffle Tart Dihentikan sementara & Order Ogos ditutup

Salam semua,

Minta maaf! Sambutan diluar jangkaan, saya terpaksa menghentikan sementara pengambilan tempahan untuk Chocolate truffle tart. Sejak dilancarkan pada 26hb July lepas, saya dah jual hampir 500pcs. Permintaan melebihi supply pulak. Kulit tart tu dibuat sendiri saya tak beli ready made dari kedai. Tak berkesempatan nak buat kulit tartnya. Saya akan umumkan bile order boleh dibuat semula yer. Maaf yerr.

TEMPAHAN CUPCAKES & CAKE UNTUK BULAN OGOS TELAH DITUTUP KECUALI.... Bagi tarikh 1ohb, 17hb dan 24hb Ogos sahaja masih boleh diterima. Tempahan untuk Mini Choc Cake Ball masih boleh diterima seperti biasa mengikut kalendar availability diatas.

Sepanjang bulan ogos saya terpaksa beri tumpuan penuh pada tugasan dipejabat, dan kemungkinan untuk stay back kat office sangat cerah. Makanya tak dapat nak bake cake di waktu malam seperti selalu. Sebab tu saya letakkan 'Rest Day' kat calendar diatas.

Bulan puasa nanti ada amik order tak?
Saya masih belum putuskan. Nanti saya akan update ok..!

Dan terima kasih atas sokongan semua! :)
Jaga diri bebaik!


Cake_3720, originally uploaded by deheart.

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006