Latest update 25/11: Personal class untuk 2 Dec dah full book!!!
Ramai yang bertanyakan bila I akan buat kelas aktiviti mendeko kek
lagi. Memandangkan sepanjang weekends Dec hingga pertengahan
january I sibuk dengan tempahan dan pelbagai aktiviti keluarga, I hanya akan dapat
mulakan semula aktiviti InsyaAllah pada bulan February.
Atas permintaan, I akan mengadakan kelas aktiviti pada hari biasa jika
ada permintaan. Aktiviti hanya terhad kepada 2 orang sahaja dan harga
adalah berlainan. Terdekat, I akan adakan kelas aktiviti mendeko kek
bertemakan garden cake with edible image pada 2 dec 09 (Rabu). Pada
masa ni, ada seorang yang dah register. Jika ada sesiapa berminat
boleh email terus ke deheart@gmail.com info seperti di bawah:
Nama:
Alamat:
No Tel:
Pilihan edible image: Ben 10 / Upin Ipin / Spongebob / Dora / Disney
Princess / Mickey & Minnie Mouse
(Pilih satu sahaja)
Kelas Aktiviti Mendeko Kek Bertemakan "Garden Cake with Edible Image"
Kategori: Beginner
Tarikh: 2 December 2009 (Rabu)
Masa: 11am - 4pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (Klik untuk peta http://kekcawan.blogspot.com/
Barangan perlu dibawa: Pen, apron, kain lap, rolling pin dan bekas tupperware kecil
Yuran: RM160
Terhad kepada 2 orang peserta sahaja. Semua peralatan disediakan. Minuman ringan dan makan tengahari disediakan. PERCUMA! Resipi kek coklat, buttercream dan chocolate ganache.
Keterangan aktiviti:
1. Mempelajari teknik dan tips membancuh & membakar kek, membancuh buttercream dan chocolate ganache (TEORI SAHAJA)
2. Mengenali dan mempelajari 5 jenis nozel dan teknik 'pressure control'
3. Mengenali gumpaste dan membuat beberapa jenis mini flower, butterfly & alphabets cut out.
4. Mewarna buttercream dan menyalut kek.
5. Mengenali edible image dan cara meletakkan atas kek.
6. Mendeko sebiji kek dengan bertemakan Garden Cake dengan menggunakan semua teknik dan bahan yang dipelajari sehingga siap.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~