Thursday, November 19, 2009

Aktiviti Mendeko Kek - 22 November 2009 (Ahad)

Satu lagi sessi kelas aktiviti mendeko kek dgn edible image bertemakan garden pada hari ahad ini (22 Nov 09) akan diadakan. Selepas ini tiada lagi kelas aktiviti begini sehingga tahun depan 2010 kerana sepanjang bulan december i akan sibuk dengan pelbagai agenda. Tempat hanya terhad kepada 4 orang sahaja. Dan pada masa ini hanya tinggal 1 kekosongan sahaja lagi. Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh terus email. Detail adalah seperti berikut. Siapa cepat dia dapat :)

Tarikh: 22 November 2009 (Ahad)
Masa: 11am - 4pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi
(Klik untuk peta http://kekcawan.blogspot.com/2007/05/map-for-collection.html)
Yuran: RM130
Barangan perlu dibawa: Pen, apron, kain lap, rolling pin dan bekas tupperware kecil untuk bawa pulang gumpaste cut out.(camera pun jangan lupa :P)
Minuman ringan dan makan tengahari disediakan

Please email me your details as below to deheart@gmail.com
Nama Penuh
Nama Panggilan:
Alamat:
No Tel:
Pilihan edible image: Ben 10 / Upin Ipin / Spongebob / Dora / Disney Princess / Mickey & Minnie Mouse (Pilih satu sahaja)

Keterangan aktiviti:
1. Mempelajari teknik dan tips membancuh & membakar kek, membancuh buttercream dan chocolate ganache (TEORI SAHAJA)
2. Mengenali dan mempelajari 5 jenis nozel dan teknik 'pressure control'
3. Mengenali gumpaste dan membuat beberapa jenis mini flower, butterfly & alphabets cut out.
4. Mewarna buttercream dan menyalut kek.
5. Mengenali edible image dan cara meletakkan atas kek.
6. Mendeko sebiji kek dengan bertemakan Garden Cake dengan menggunakan semua teknik dan bahan yang dipelajari sehingga siap.

Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing. Semua peralatan akan disediakan.

PERCUMA! Resipi kek coklat, buttercream dan chocolate ganache. Sedap dan mudah!

Tiada pengembalian bayaran jika tidak hadir pada hari aktiviti, tetapi anda boleh carikan pengganti anda.Tidak dibenarkan membawa anak, kawan atau sesiapa sahaja. Penalty sebanyak RM130 akan dikenakan bagi setiap orang yang dibawa! Ini untuk memastikan keselesaan peserta yang lain. Kemudahan tempat solat juga disediakan.

Aktiviti akan dijalankan pada tepat masanya. Pastikan anda tiba awal, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum aktiviti bermula.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
FLICKR Photo Gallery
How to Order

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006