Monday, November 09, 2009

Aktiviti Mendeko Kek - 21 November 2009

Mendeko Kek dengan Buttercream

Kategori: Beginner
Tarikh: 21 November 2009 (Sabtu)
Masa: 10am - 3pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (Klik untuk peta http://kekcawan.blogspot.com/2007/05/map-for-collection.html)
Yuran: RM130

Keterangan:

Keterangan aktiviti:
1. Mempelajari teknik dan tips membancuh & membakar kek, membancuh buttercream dan chocolate ganache (TEORI SAHAJA)
2. Mengenali dan mempelajari 5 jenis nozel dan teknik 'pressure control'
3. Mengenali gumpaste dan membuat beberapa jenis mini flower, butterfly & alphabets cut out.
4. Mewarna buttercream dan menyalut kek.
5. Mengenali edible image dan cara meletakkan atas kek.
6. Mendeko sebiji kek dengan bertemakan Garden Cake dengan menggunakan semua teknik dan bahan yang dipelajari sehingga siap.

Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing. Semua peralatan akan disediakan.

PERCUMA! Resipi kek coklat, buttercream dan chocolate ganache. Sedap dan mudah!

Berminat? Sila email pada saya info anda seperti berikut ke deheart@gmail.com
Nama Penuh
Nama Panggilan:
Alamat:
No Tel:
Pilihan edible image: Ben 10 / Upin Ipin / Spongebob / Dora / Disney Princess / Mickey & Minnie Mouse (Pilih satu sahaja)

Tempat hanya terhad kepada 4 orang sahaja pada setiap sessi. Siapa cepat, dia dapat tempat. Bayaran penuh sebanyak RM130 perlu di bank in kan segera untuk memastikan tempat anda(keterangan akaun bank akan diberikan kemudian). Tiada pengembalian bayaran jika tidak hadir pada hari aktiviti, tetapi anda boleh carikan pengganti anda.

Tidak dibenarkan membawa anak, kawan atau sesiapa sahaja. Jika tidak, penalty sebanyak RM130 akan dikenakan bagi setiap orang yang dibawa! Ini untuk memastikan keselesaan peserta yang lain. Kemudahan tempat solat juga disediakan.

Aktiviti akan dijalankan pada tepat masanya. Jika anda lewat, anda akan ketinggalan. Pastikan anda tiba awal, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum aktiviti bermula.


Testimonial dari yang menghadiri aktiviti lepas

from anna nazmee
to eLLieZ de`Heart
date Mon, Nov 9, 2009 at 2:30 PM
subject Re: kelas deco kek

salam ellie..

ermm memang seronok kelas hari tu.. rasa macam tak cukup je masa. kalau ada kelas in future memang nak attend lagi.
paling penting ellie pon sempoi & sporting.. sabar je dengan karenah kitaorang yg suka pot pet..heee
tip2 tu pon bagus dan sangat berguna..

oh yer.. satu lagi pasal website yg ellie bagitau tu.. boleh akak dapatkan tak? nak go through lah.. boleh order ramai2

thanks a lot ellie.. next time kalau ada kelas utk fondant akak nak attend ye.. or next class bagitau awal2 tau.. :)

take care..


------------------------------------------------------------------------------------

from Rose Taharim
to eLLieZ de`Heart
date Sat, Nov 7, 2009 at 9:16 PM
subject Thank you......!!!!!!!!!!!!!!

Salam Ellie,

Thank you so much for your teaching, your tips, makan2...wow! ... seronok... puas hati dpt belajar deco satu kek besar... even my husband pun tak caya. tgk semacam jer...n tanya ... "ini u buat ker?" hehehe....

k rose akan practise n practise supaya jadi lebih elok lagi. nanti k rose nak join kelas elllie yg lain, k

Btw, apa nama web surabaya tu yer? lupa nak tanya tadi.....

Wasalam
k rose

------------------------------------------------------------------------------------

from LoveLy TuLip
to eLLieZ de`Heart
date Mon, Nov 9, 2009 at 3:49 PM
subject Re: Hello there. Naveena from Nilai

Hi Dear,

kaki saya still in same condition unless if take a REST. Perkataan REST not in my Dictionary.heheh!!!!

Ok, sekarang masa serius...

All I can say is I went to a Superb class. I learn a lot in your class. Your hospitally make me feel very comfortable and you are very friendly too.
Another thing I shall say about you is, You didn't stingy in sharing knowledge. Each is not everybody have a heart to share her knowledge. I'm lucky to attend your class.
Masa 1st time I gila gila cari kelas baking dulu,
I send many email to many bakers and try to get advice from them. I even tell them that I'm willing to pay for their recipes. Tapi sampai sekarang I tak terima any mail from them...hehhehe!!!
YES OF COURSE!!! I'm looking more classes from you.

Cupcake deco, yes I nak join tapi its on weekend laa yeah. Eh! mana gambar kenangan bersama kek kita itu.heheh!!!

Luv
Naveena



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006