Assalammualaikum & Salam Ramadhan,
Ramai dah bertanya ole-ole raya saya :) Terima kasih atas sokongan. Tahun ni saya buat kelainan untuk menambah pilihan anda. Dan juga ada beberapa jenis cookies saya buat juga. Untuk cupcakes & cakes raya, saya akan update blog ni nanti. Tunggu yer.. sedang buat sample :)
Kepada sesiapa yang nak jadi ejen, boleh email saya (deheart@gmail.com) dan saya akan emailkan prosedurnya. Komisyen menarik dan saya akan buat promosi juga untuk anda. :) Ejen dari negeri lain juga diperlukan.
Kurma Coklat
Rasa manis lemak kurma disaluti dengan rasa susu coklat membuka selera sesiapa sahaja.
Sesuai untuk sahur, berbuka dan juga hidangan Hari Raya. Pada anak-anak yang payah nak
makan kurma, kurma coklat ini pasti menjadi kegemaran.
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)
Harga: RM22
Kurma Coklat Berbadam
Kurma, coklat dan badam.. tiga kombinasi rasa dalam satu gigitan! Sebiji badam yang rangup garing dan susu coklat menambah rasa kurma yang terbukti memberi tenaga dan keenakkan.
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)
Harga: RM26
Kurma Coklat Apricot
Masam manis buah apricot bersama dengan lemak manis kurma dan rasa susu coklat pasti mengiurkan. Cuba satu pasti nak lagi!
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)
Harga: RM26
Note: Syok makan kurma coklat ni.. tak percaya.. cuba lah :) Untuk sahur, berbuka dan raya. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah juga. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :
“Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma; Maksudnya:
Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Biskut Oren Bercoklat
Rasa segar oren bersama dengan inti coklat chip didalam dan chocolate drizzle sangat mengasyikkan. Jangan kata budak-budak, mak & pak budak pun pasti suka. Lain dari biskut yang biasa!
Kuantiti: 58pcs - 61pcs (isi bekas penuh)
Harga: RM22
Choc Chip Almonds Cookies
Gerenti kena dengan selera! Lebih fresh dan sedap dari famos amos. Penuh dengan keranggupan cookies yang sarat dengan choc chip dan almond nibs. Mengunakan serbuk koko van Houstan yang berkualiti tinggi (bukan serbuk koko biasa ye!). Salah satu cookies wajib untuk hidangan hari lembaran anda! Cookies terlaris keluaran saya. Komen dari customer tahun lepas "sampai serbuk dia saya pulun!"
Kuantiti: 58pcs - 61pcs (isi bekas penuh)
Harga: RM22
Cornflake Madu
Cornflake yang bermutu dibakar bersama dengan bubble rice sememangnya garing dan warna keemasan dari madu membuka selera. Taburan choc rice pelangi menambah keistimewaannya. Tak boleh henti kalau makan satu! Isi padat dalam setiap satu papercup.
Kuantiti: 62pcs - 63pcs (isi bekas penuh)
Harga: RM22
PRMOSI! PROMOSI! PROMOSI!
Beli 10 bekas mana-mana ole-ole raya, dapatkan diskaun 5%. Boleh berkongsi bersama rakan atau saudara mara. Juga penghantaran percuma ke sekitar Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, USJ dan Kelana Jaya.
Macam mana nak order?
Boleh email saya ke deheart@gmail.com. Berikan butir-butir berikut:-
Nama:
Contact No:
Jenis ole-ole dan kuantiti:
Tarikh ambil:
Lokasi ambil: Bangi / Puchong / KLCC
Tarikh akhir untuk tempahan semua jenis cookies ialah pada 6hb September 2009. Untuk kurma coklat, sehingga stok masih ada.
Untuk perkhidmatan penghantaran atau pos, saya akan update kemudian.
Nota: Semua biskut diperbuat dari butter bukan marjerin untuk mengekalkan rasa enak dan rangup. Tiada bau tengit. Semua cookies akan mula dibuat pada 6hb september 2009. Jadi kesegaran biskut adalah dijamin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~