Wednesday, July 22, 2009

Aktiviti Mendeko Kek

PEMBERITAHUAN @24/7/09 12.46AM: Semua sesi telah penuh. Pada yang masih berminat, bolehlah join Google Group saya. Bila ada aktiviti dijalankan, saya akan beritahu ye. TQ

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Kadang-kadang tercetus dihati untuk buat sendiri kek ulang tahun untuk mak ayah, suami dan anak-anak tercinta. Tapi hasrat tu cuma terbuku dihati aje sebab tak tau mana nak mula dan macam mana nak hias.

Mari realisasikan hasrat anda! Dengan teknik sangat mudah dan dengan suasana berkonsep riadah dan releks, kita sama-sama mendeko kek. Siapa yang harus sertai aktiviti ini? Surirumah tangga, isteri-isteri penyayang, ibu-ibu mithali, anak-anak dara seawal 12 tahun; pendek kata sesiapa pun boleh sertai.

Keterangan lanjut seperti dibawah:-
Tarikh: 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: Sessi pagi 10am - 1pm / Sessi petang 3pm - 6pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (Peta akan diberikan)
Yuran: RM50
Barangan perlu dibawa: Pen, apron dan kain lap

Keterangan aktiviti: Mendeko sebiji kek coklat dengan buttercream. Ada 5 jenis deko kek dan setiap peserta akan diberi satu jenis deko kek untuk dipraktikkan dan 4 jenis deko kek akan dipelajari secara teori. Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing. Semua peralatan akan disediakan. Minuman dan makanan ringan juga disediakan.

PERCUMA! Resipi kek coklat dan buttercream yang sedap dan mudah!

Berminat? Sila email pada saya info anda seperti berikut ke deheart@gmail.com
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. No Tel
4. Sessi pagi atau petang

Tempat hanya terhad kepada 5 orang sahaja pada setiap sessi. Bayaranpenuh sebanyak RM50 perlu di bank in kan (keterangan akaun bank akandiberikan kemudian). Tiada pengembalian bayaran jika tidak hadir padahari aktiviti, tetapi anda boleh carikan pengganti anda.

Jom! Ajak ramai-ramai kita mendeko kek :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006