Sunday, April 19, 2009

Kek untuk perasmian buku 'Buatmu Wanita'

Another backdated update from me! :)

Perasmian buku 'Buatmu Wanita' dibuat pada 22hb Feb 2009 (dah 2 bulan dah ni!). Penulis buku ni, Puan Suzana Ghazali merupakan seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie. Kalau sesiapa yang melanggan Majalah Wanita, pasti tak terlepas kolum beliau dalam Resipi Hidup. Beliau kini mengendalikan Klinik Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie berpejabat di Shah Alam. Kalau ada sesiapa perlukan khidmat kaunseling beliau, boleh dapatkan maklumat lanjut di blog beliau http://bersamasuzana.blogspot.com/

Okai, bercerita sedikit mengenai buku 'Buatmu Wanita'. Saya dah baca abis buku ni. Dan saya sarankan setiap wanita (tak kira yang masih single atau dah berumahtangga) harus baca buku ni! Sangat santai dan banyak ilmu boleh kita perolehi dan praktikkan. Bagus untuk memotivasikan diri. Buku ni juga sesuai dibaca oleh kaum adam, agar mereka lebih memahami kehendak dan hak seorang wanita yang bergelar anak gadis, tunangan, isteri mahupun ibu.

Hari Ibu pun tak lama lagi, saya akan buat promosi cupcakes & cake untuk hari yang penuh bermakna untuk kaum Ibu seluruh dunia. InsyaAllah dalam minggu depan saya akan promosikan. Kalau sesiapa berminat, boleh booking dulu ok. Email aje pada saya. Selain dari cupcakes & cake sebagai hidangan istimewa untuk Ibu tercinta, apakata hadiahkan juga buku 'Buatmu wanita' bersama-sama dengan sekuntum ros merah? Pasti menawan hati Ibu :) Nak dapatkan buku ni, boleh hubungi terus Puan Suzana Ghazali yaa...

Okai, ni antara gambar-gambar perasmian tersebut... Untuk Puan Suzana, semoga sukses dan dilindungi Allah s.w.t selalu. Terima kasih tak terhingga kerana sentiasa memotivasikan saya dan menjadi idola saya. :)

Code: Cake Buatmu Wanita


Code: Misc: Buatmu Wanita


Code: Misc: Buatmu Wanita


Code: Misc: Buatmu Wanita


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
QUICK LINKS:
More Cakes & Cupcakes Gallery
Cupcakes flavours and pricing
How to place orders

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Visitors No

 

de`HearT Online Kitchen | © Version 2009. de`HearT Online Kitchen has established since 2006