Assalammualaikum....
Seperti yang telah diketahui, ibu saya telah kembali ke Rahmatullah pada 08/04/2008 jam 11.20am di Hospital Serdang. Dan pada pagi tersebut saya juga telah selamat diijabkabulkan pada jam 11.00am di Pejabat Agama Shah Alam. Keputusan pernikahan ini dibuat atas hajat arwah mak sebelum beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital pda 19/03/2008. Masih terngiang-ngiang hajat mak ditelinga ni... "Kau nikah la, kalau mak pergi pun tenang hati mak.." Bukan sekali, bukan dua kali mak menyuarakan hasrat ni. Dan bila kesihatan arwah mak telah mula menunjukkan positive improvement, dan atas restu arwah maka kami pun sepakat untuk bernikah dulu dan akan melangsungkan majlis setelah arwah mak sihat.
Berikut adalah rentetan apa yang berlaku sebelum dan pada hari bersejarah dalam kehidupan kami, yang tak mungkin kami lupakan hingga ke ahkir hayat.
Pada 07/04/2008 mak telah dipindahkan ke wad biasa setelah 19 hari di ICU bertarung nyawa. Arwah mak nampak sungguh ceria dikelilingi anak-anak dan lebih-lebih lagi cucu-cucu yang selama di ICU tak pernah beliau jumpa. Pada malam tersebut lebih kurang pukul 11 malam, abah yang menjaga arwah di wad sms dan beritahu arwah mak nak berjumpa dengan anak-anak semua. Saya dan kakak bergegas ke hospital. Masa ni memang hati saya sangat berdebar dan seakan-akan rasa sesuatu, tapi saya tak pasti sebab apa. Sebab nak jumpa mak atau sebab keesokkan harinya saya akan bergelar isteri... Masa di hospital, kami adik-beradik melayan mak 'berborak'. Arwah Mak tak dapat bercakap sebab tekak beliau telah ditebuk untuk disalurkan oksigen direct pada lung. Beliau 'bercakap' melalui pergerakkan dan gerak-geri bibir. Masa tu arwah mak menggesa untuk dibawa pulang. Tapi apa kan daya kami adik-beradik. Dan arwah mak juga tak henti-henti menulis, walaupun hakikatnya kami pun tak faham apa yang cuba beliau sampaikan. Sehingga jam 2 pagi, kami berada disana, dan sebelum kami pulang, untuk sekian kalinya saya memohon restu dari arwah mak, saya berjanji pada arwah, sebaik selepas saya diijabkabulkan saya akan terus jumpa beliau di hospital bersama-sama dengan suami, mertua, ipar duai dan ahli keluarga lain. Dan arwah mak tersenyum dan menggangguk-anggukkan kepala......
Pagi 08/04/2008, dengan izin ALLAH s.w.t semua berkumpul di Pejabat Agama Shah Alam, dan semasa menunggu Tuan Kadi menyelesaikan urusan sebelum nikah, dan pada ketika itu juga saya dapat panggilan dari hospital dan mengatakan mak sedang nazak dan minta kami segera ke hospital. Hanya tuhan saja yang tau perasaan saya pada masa tu, saya betul-betul rasa seluruh isi bumi sedang menghempap hati saya sehingga saya hampir tak bernafas. Mungkin sudah ketentuan ALLAH, kami selamat diijabkabulkan dan kami semua bergegas ke hospital. Dalam perjalanan ke sana, saya menghubungi hospital dan ketika itu mereka sedang berusaha memberi bantuan CPR pada arwah mak. Sampai di hospital, saya terus berlari ke wad arwah mak dan masa tu saya nampak mak terbaring tenang di atas katil. Dan ada dua orang jururawat sedang merawat mak. Saya sampai di kaki katil mak bersama-sama dengan kakak saya dan saya terus bertanya "mak macam mana". Saat tu hati saya sedikit lega, sebab saya fikirkan mak sedang berehat. Tapi tuhan lebih sayangkan arwah mak. Mak telah pergi berehat untuk selama-lamanya. Selepas dari tu, saya tak tau apa jadi.
Satu-satunya ibu yang mengandungkan dan mebesarkan saya telah pergi selama-lamanya pada hari pernikahan saya sebelum sempat beliau menatap wajah saya dan menantu baru beliau. Mak pergi sebaik selepas saya diijabkabulkan... seperti apa yang dikatakan pada saya "Kau nikah la, kalau mak pergi pun tenang hati mak.."
Kepada semua yang datang, call, sms ribuan terima kasih kami ucapkan. Semoga hadiah Al-Fatihah yang u all berikan memberi ketenangan pada arwah mak disana. Dan diharapkan penjelasan dan pengumuman mengenai pernikahan kami tidak disalahertikan. Kami mohon restu dan doakan kebahagiaan kami. Sekali lagi, mohon hadiahkan lah Al-Fatihah untuk arwah mak kami .
Untuk seketika, saya masih tidak dapat memenuhi permintaan untuk menerima tempahan. InsyaAllah, bila saya sudah sedia.. akan saya umumkan.
Terima kasih.
Dari hati kami;
Ellie & Arie