Hai Semua!
Lagi beberapa ari je lagi kita akan sambut Syawal. Dah bayar zakat? kot la terlupa macam saya. Masa gie beli barang kat tesco semalam ternampak kaunter zakat, baru la tersengeh² i nak membayar. ehehheh.... Takpe.. lom terlajak perahu lagi..
So, balik pada cite raya, pada yang nak balik kampung tu, berhati² masa memandu. Pada yang menumpang, jangan kacau pemandu (my son selalu kacau..isk!). Kereta pastikan dah servis. Buah tangan untuk orang yang tersayang dikampung jangan lupa plak. Mercun tolong la elakkan. Bunga api untuk memeriahkan suasana tapi biar lah berpada² ada orangtua yang supervise.
Langsung disini saya nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri pada semua saudara mara, kenalan, customers dan pengunjung blog saya. Maaf zahir batin. Terima kasih yang tak terhingga atas segala sokongan, teguran dan sebagainya. Saya akan mula bercuti dari 12hb - 19hb Oktober.
Juga dimaklumkan, tempahan dari 20hb - 23hb dah ditutup. Untuk tempahan tarikh selepasnya, sila buat awal² yer...
Berikut adalah 'petikan' dari Majalah Nona keluaran Oktober 2007. Sesiapa nak resipi cupcakes untuk dicuba dan dijadikan juadah hari raya, dapatkan majalah ni yer. Ada apa² soklan ke.. bleh la call saya. InsyaAllah saya akan bantu...
Jumpa lagi minggu hadapan!